Valéry Giscard d'Estaing

Valéry Giscard d'Estaing
Presiden Perancis
Dalam jawatan
27 Mei 1974 – 21 Mei 1981
Perdana MenteriJacques Chirac
Raymond Barre
Didahului olehGeorges Pompidou
Digantikan olehFrançois Mitterrand
Presiden Majlis Daerah
of Auvergne
Dalam jawatan
21 Mac 1986 – 2 April 2004
Didahului olehMaurice Pourchon
Digantikan olehPierre-Joël Bonté
Menteri Ekonomi dan Kewangan
Dalam jawatan
20 Jun 1969 – 27 Mei 1974
Perdana MenteriJacques Chaban-Delmas
Pierre Messmer
Didahului olehFrançois-Xavier Ortoli
Digantikan olehJean-Pierre Fourcade
Dalam jawatan
18 Januari 1962 – 8 Januari 1966
Perdana MenteriMichel Debré
Georges Pompidou
Didahului olehWilfrid Baumgartner
Digantikan olehMichel Debré
Maklumat peribadi
Lahir
Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing

(1926-02-02) 2 Februari 1926
Koblenz, Jerman yang diduduki Perancis
Meninggal dunia2 Disember 2020(2020-12-02) (umur 94)
Authon, Perancis
Cause of deathCOVID-19
Parti politikCNIP (1956–1962)
FNRI (1966–1977)
PR (1977–1995)
UDF (1978–2002)
PPDF (1995–1997)
DL (1997–1998)
UMP (2002–2004)
PasanganAnne-Aymone Sauvage de Brantes (k. 1952)
Anak4, termasuk Henri dan Louis
Tempat belajarÉcole Polytechnique
École nationale d'administration
Tandatangan

Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing (disebut [valeʁi ʒiskaʁ dɛstɛ̃ ,sebutan paling dekat [va.lé.ri jis.kar dés.taeng]; 2 Februari 1926 - 2 Disember 2020) ialah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.

Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).

Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.