Vaksin pneumokokus

Vaksin pneumokokus
Butiran vaksin
Penyakit sasaranStreptococcus pneumoniae
JenisVaksin konjugat
Data klinikal
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • In general: ℞ (Preskripsi sahaja)
Pengecam
ChemSpider

Vaksin pneumokokus merupakan vaksin yang melawan bakteria Streptococcus pneumoniae. Penggunaan vaksin ini dapat mencegah beberapa kes pneumonia, meningitis, dan sepsis. Terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin konjugat dan vaksin polisakarida. Ia diberikan sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan penggunaan vaskin konjugat dalam  imunisasi rutin yang diberikan kepada kanak-kanak. Ini termasuk mereka yang menghidap HIV/AIDS. Tiga atau empat dos disarankan, iaitu antara 71 hingga 93% keberkesanan mencegah penyakit teruk. Walaupun vaksin polisakarida berkesan dalam kalangan orang dewasa yang sihat, ia tidak berkesan dalam kalangan kanak-kanak yang berusia kurang daripada dua tahun dan mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah.

Vaksin ini secara amnya adalah selamat. Dengan vaksin konjugat, kira-kira 10% bayi mengalami kemerahan pada tempat suntikan, demam atau perubahan tidur. Demam juga boleh berlaku. Alergi yang teruk amat jarang dilihat.

Vaksin pneumokokus yang pertama dibangunkan dalam tahun 1980-an. Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas. Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 17 dolar Amerika sedos. Di Amerika Syarikat, harganya ialah antara 25 hingga 100 dolar.