Vaksin Hib

Vaksin Hib
Butiran vaksin
Penyakit sasaranHaemophilus influenzae type b
JenisVaksin konjugat
Data klinikal
Kod ATC
Pengecam
ChemSpider
 NY (what is this?)  (verify)

Vaksin influenza haemophilus jenis B merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan Haemophilus influenza jenis b (Hib). Di negara yang menyenaraikannya sebagai vaksin rutin, kadar jangkitan Hib yang teruk sudah menurun lebih daripada 90%. Oleh itu, vaksin ini sudah membawa kepada penurunan dalam kadar meningitis, pneumonia, dan epiglotitis.

Vaksin ini disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Dua atau tiga dos hendaklah diberi sebelum umur enam bulan. Dos pertama disyorkan diberi pada umur kira-kira enam minggu dengan selang empat minggu antara dos. Jika hanya dua dos digunakan, satu dos lagi apabila sudah dewasa adalah disyorkan. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam otot.

Kesan sampingan yang teruk jarang diperhatikan. Kira-kira 20 hingga 25% penerima vaksin merasa sakit pada tempat suntikan manakala kira-kira 2% mendapat demam. Tiada hubung kait yang jelas dengan tindak balas alergi yang teruk. Vaksin Hib boleh didapati dengan sendirinya, dalam gabungan dengan vaksin difteria/tetanus/pertusis, dan dalam gabungan dengan vaksin hepatitis B, dan lain-lain. Kesemua vaksin Hib yang digunakan pada masa kini ialah vaksin konjugat.

Vaksin Hib yang awal dibangunkan pada tahun 1977, yang kemudiannya diganti oleh rumusan yang lebih efektif dalam tahun 1990-an. Pada tahun 2013, 184 buah negara memasukkannya dalam vaksin rutin mereka. Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas. Harga borong vaksin pentavalen yang termasuk vaksin Hib pada tahun 2014 ialah 15.40 dolar Amerika sedos. Di Amerika Syarikat, harganya ialah kira-kira 25 hingga 50 dolar Amerika sedos.