Usuluddin

Usuluddin adalah suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib (seperti qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, neraka, dan sebagainya). Usuluddin turut dipanggil sebagai ilmu tauhid atau ilmu usul.