Usia alam semesta

Dalam kosmologi, usia alam semesta merupakan jumlah masa sejak Letupan Besar. Pengukuran terbaik usia alam semesta adalah 13.8 bilion tahun (secara spesifik 13.798±0.037 bilion tahun) Ukuran yang paling baru-baru ini dan yang paling tepat telah dibuat oleh Planck. Pengukuran telah dibuat dengan menggunakan sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik dan pengembangan alam semesta.