Urtica dioica
Urtica dioica atau juga dikenali dengan nama jelatang, daun gatal, dan netel (juga dalam bahasa Belanda selain brandnetel; bahasa Inggeris: nettle) adalah tumbuhan saka herba berbunga dalam keluarga Urticaceae bertaburan asal di Eropah, kawasan iklim sederhana Asia dan barat Afrika Utara namun ia kini didapati di seluruh dunia, termasuk New Zealand dan Amerika Utara.
Ada seberapa tumbuhan ini yang dikenali kerana mempunyai bulu-bulu halus pada dedaun dan batang yang mengandungi histamin dan bahan kimia lain yang menyengat apabila bersentuhan dengan kulit.