Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Perarakan atlet semasa Upacara Penutupan. Motto Olimpik, "Faster, Higher, Stronger – Together", ditampilkan di layar sisi stadium. | |
| Tarikh | 8 Ogos 2021 |
|---|---|
| Masa | 20:00 – 22:19 JST (UTC+9) |
| Lokasi | Tokyo, Jepun |
| Dirakam oleh | Japan Consortium dan OBS |
Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 diadakan pada 8 Ogos 2021 di Stadium Olimpik, Tokyo. Upacara ini menggabungkan upacara penutupan formal (termasuk sambutan, perarakan atlet, dan penyerahan bendera Olimpiade) dan pertunjukan artistik yang menampilkan budaya serta sejarah Jepun dan Perancis (selaku penganjur Sukan Olimpik Musim Panas akan datang). Keseluruhan rangkaian upacara Olimpik ini bertemakan Moving Forward, merujuk pada pandemik COVID-19, dengan upacara penutupan yang bertemakan Worlds we share.
Sebahagian besar segmen upacara penutupan telah dirakamkan sebelum acara. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung di stadium menerapkan penjarakkan sosial. Penutupan ini menampilkan tarian-tarian dan pertunjukan lainnya yang menonjolkan budaya Jepun.