Unsur kumpulan 7
| Kumpulan → | 7 |
|---|---|
| ↓ Kala | |
| 4 | 25 Mn |
| 5 | 43 Tc |
| 6 | 75 Re |
| 7 | 107 Bh |
Kumpulan unsur 7 juga dikenali sebagai kumpulan Mangan merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-7 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu [mangan]] (Mn), teknetium (Tc), renium (Re), dan bohrium (Bh).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.
| Z | Unsur | Bilangan elektron/petala | nombor pengoksidaan utama |
|---|---|---|---|
| 25 | mangan | 2, 8, 13, 2 | 0,+2,+3,+4,+5,+6,+7 |
| 43 | teknetium | 2, 8, 18, 13, 2 | 0,+4,+7 |
| 75 | renium | 2, 8, 18, 32, 13, 2 | 0,+6,+7 |
| 107 | bohrium | 2, 8, 18, 32, 32, 13, 2 | 0,+7 |
Nombor pengoksidaan logam-logam dalam kumpulan ini ialah +2, +3, +4, +6, dan +7, di mana renium dan technetium dengan mudahnya menunjukkan nombor pengoksidaan ini. Technetium tidak mempunyai isotop yang stabil. Hanya technetium dan prometium merupakan 2 unsur sebelum plumbum, yang tidak mempunyai isotop yang dikenalpasti stabil (unsur-unsur selepas plumbum semuanya tidak mempunyai isotop yang diketahui stabil walaupun bismut mempunyai separuh hayat yang sangat panjang).