Unreal Engine

Unreal Engine
PembangunEpic Games
Pelancaran pertamaMei 1998 (1998-05)
Versi terkini/stabil4.20 (16 Julai 2018 (2018-07-16))
Ditulis dalamC++
Sistem pengendalianMicrosoft WindowsGNU/LinuxmacOS
JenisEnjin permainan
GenreEnjin permainan
LesenHak milik; sumber bersama dengan model royalti untuk kegunaan komersil
Pautan berkaitan
Tapak webunrealengine.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Unreal Enjin merupakan sebuah enjin permainan yang dibangunkan oleh Epic Games, pertama kali dipamerkan dalam permainan penembak orang pertama Unreal 1998. Walaupun dibangunkan terutamanya untuk penembak orang pertama, ianya telah berjaya digunakan dalam pelbagai bentuk genre lain, termasuklah selinap, pertarungan, MMORPG dan RPG lain. Dengan kod yang ditulis dalam C++, Unreal Engine memaparkan kemudahalihan tahap tinggi dan adalah satu alat yang digunakan oleh banyak pembangun permainan hari ini. 

Keluaran semasa adalah Unreal Engine 4, direka untuk Microsoft Windows, macOS, Linux, SteamOS, HTML5, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Magic Leap One dan realiti maya (SteamVR/HTC Vive, Oculus Rift, PlayStation VR, Google Daydream, OSVR dan Samsung Gear VR).