Universiti al-Qarawiyyin
جامعة القرويين ⵜⴰⵙⴷⴰⵡⵉⵜ ⵏ ⵍⵇⴰⵕⴰⵡⵉⵢⵉⵏbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan | |
Halaman masjid dan menaranya | |
| Jenis | Madrasah dan pusat pengajian tinggi untuk sains bukan vokasional (sebelum 1963) Universiti negeri sejak 1963 |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 857–859 (sebagai masjid), 1963 (sebagai universiti negeri) |
Staf akademik | 1,025 (2012) |
Staf pentadbiran | 708 (2012) |
| Pelajar | 8,120 (2012) |
| Lokasi | , |
| Kampus | Urban |
| Bahasa | Arab, Barbar, Perancis |
| Pengasas | Fatima al-Fihri |
| Warna | Putih |
| Laman sesawang | uaq |
Universiti al-Qarawiyyin (Arab: جَامِعَةُ الْقَرَوِيِّين, rumi: Jāmiʻatul-Qarawīyīn; bahasa-bahasa Barbar: ⵜⴰⵙⴷⴰⵡⵉⵜ ⵏ ⵍⵇⴰⵕⴰⵡⵉⵢⵉⵏbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan; Perancis: Université Al Quaraouiyine, juga ditulis Al-Karaouine atau Al Quaraouiyine) ialah sebuah universiti yang terletak di Fes, Maghribi. Ia diasaskan sebagai masjid oleh Fatima al-Fihri, anak seorang saudagar asal Qayrawan (قَيْرَوَان), pada 857–859 dan seterusnya menjadi salah satu pusat kerohanian dan pendidikan terkemuka Zaman Kegemilangan Islam. Ia dimasukkan dalam sistem universiti negeri moden Maghribi pada 1963 dan secara rasmi dinamakan semula sebagai "Universiti Al Quaraouiyine" dua tahun kemudian. Bangunan masjid itu sendiri juga merupakan kompleks penting seni bina Maghribi dan Islam yang bersejarah yang menampilkan unsur-unsur dari pelbagai tempoh sejarah kerajaan sini.