Universiti Teknologi Brunei
Universiti Teknologi Brunei (UTB) merupakan salah sebuah universiti awam di Brunei. Ianya adalah sebuah universiti teknologi yang menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan pengkomputeran. Kampus universiti terletak di Kampong Tungku di Daerah Brunei dan Muara, bersebelahan dengan kampus Universiti Brunei Darussalam.