Universiti Sydney

Universiti Sydney
MotoSidere mens eadem mutato
Latin: "Bintangnya bertukaran, [tetapi] fikiran [masih] sama"
JenisAwam
Ditubuhkan pada1850
PembiayaanAUD $1.052 bilion
CanselorProfesor Marie Bashir, Puan Shehadie AC CVO
Naib CanselorProfesor Gavin Brown
Staf pentadbiran
2,451 (akademik)
Siswazah31,357 (dari 2005)
Ijazah/Sarjana14,609 (dari 2005)
Lokasi, ,
33°53′16″S, 151°11′14″E
Kampusbandar, taman
PenggabunganKumpulan Lapan, APRU, ASAIHL
Laman sesawangwww.usyd.edu.au

The University of Sydney (bahasa Melayu: Universiti Sydney), didirikan di Sydney pada 1850, merupakan universiti tertua di Australia. Universiti ini ialah salah sebuah ahli universiti Australia "Kumpulan Lapan" di Australia yang diberikan tempat tinggi dalam segi pencapaian pengajian mereka. Pada 2005, Universiti Sydney mempunyai 45,966 pelajar dan 2,300 (bersamaan penuh-waktu) kakitangan akademik, menjadikannya yang kedua besar di Australia.

Universiti Sydney telah ditempatkan antara 40 universiti tertinggi di dunia oleh pelbagai sumber. Penempatan Universiti Dunia Times Higher Education Supplement UK diterbitkan pada Oktober 2006 menempatkan Universiti Sydney kelima terbaik di dunia untuk Kesenian dan Kemanusiaan, kesembilan belas untuk sains masyarakat dan kedua puluh untuk bioubatan. Universiti sebagai keseluruhannya dirangka tempat ke-35 di dunia dalam jadual liga terbitan yang sama itu, merangka tempat ketiga antara universiti Australia. Dalam Newsweek global 100 untuk 2006, Universiti Sydney (bersama dengan Universiti Kebangsaan Australia) adalah salah satu dari dua universiti Australia yang ditempatkan 50 yang terbaik di dunia.

Dipusatnya di laman berinspirasi-Oxbridge Kampus Utama Universiti di persekitaran CBD Sydney, Universiti ini ada beberapa bilangan kampus disebabkan merger selama 20 tahun. Universiti Sydney adalah sebuah anggota Kumpulan Lapan, Academic Consortium 21, Association of Pacific Rim Universities (APRU) dan Worldwide Universities Network.