Universiti Sultan Azlan Shah
| Moto | Rahmatan lil-`Alamin |
|---|---|
| Jenis | Universiti Swasta |
| Ditubuhkan pada | 1999 |
| Canselor | DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Naib Canselor | Prof. Dato' Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof |
| Lokasi | , |
| Warna | Biru.putih dan kuning |
| Laman sesawang | Portal rasmi USAS |
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (Arab: جامعة السلطان أزلن شاه) merupakan sebuah universiti Islam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Antara objektif terawal penubuhan USAS ialah untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi agama cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan.