Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1995 (as INSANIAH), 2006 (upgraded as KUIN), 2018 (upgraded as UniSHAMS)
CanselorAl-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
Naib CanselorProf. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim
Lokasi,
KampusBandar
Laman sesawangwww.unishams.edu.my
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "State"

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah dinaiktaraf sebagai universiti penuh pada 8 Februari 2018. UniSHAMS dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) (dinaiktaraf pada 15 Mei 2010) dan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1995. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03 dan dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Kesepaduan tenaga akademik dari dalam dan luar Negara telah menarik ramai warga asing daripada Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja termasuk Iran, Australia, Republik Rakyat China dan lain-lain.