Universiti Gazi

Universiti Gazi
Gazi Üniversitesi
Fail:Gazi University logo.png
Moto
Gazili olmak ayrıcalıktır.
Moto dalam Bahasa Melayu
Menyertai Gazi ialah keistimewaan
JenisUniversiti awam
Ditubuhkan pada1926 (1926)
RectorMusa Yıldız
Siswazah69,865
Ijazah/Sarjana10,470
Lokasi,
KampusUrban
BahasaTürkiye, Inggeris
Laman sesawanggazi.edu.tr
Pemeringkatan universiti
Serantau – Keseluruhan
QS Emerging Europe and Central Asia71 (2022)

Universiti Gazi (Turki: Gazi Üniversitesi) ialah universiti awam yang terletak terutamanya di Ankara, Türkiye.Ia ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Mustafa Kemal Atatürk sebagai Institut Pendidikan Guru Gazi. Pada tahun 1982, ia dilakurkan dengan Akademi Kejuruteraan dan Seni Bina Bolu, Akademi Ekonomi dan Sains Komersial Ankara, Kolej Kerjaya Teknikal Ankara, Kolej Kerjaya Teknikal Perempuan Ankara dan Akademi Kejuruteraan dan Seni Bina Negeri Ankara, untuk mengasas sebuah universiti baharu. Sebelum tahun 1982 apabila Lembaga Undang-undang Pengajian Tinggi diazamkan, institusisi sekolah tinggi di Turki telah dinaungi ke bawah struktur yang berbeza seperti universiti dan akademi. Pada tahun 1992, Akademi Kejuruteraan Bolu yang sebelumnya melakur ke organisasi Universiti Gazi berpisah dan menjadi sekolah tinggi sendiri bernama Universiti Abant Izzet Baysal.

Universiti Gazi terdiri daripada 21 fakulti, 4 sekolah, 11 sekolah vokasional pengajian tinggi, 52 pusat penyelidikan dan 7 institut sarjana muda. Enrolem pelajar Universiti Gazi telah mencecah kira-kira 77,000 kesemuanya, 1,500 pelajar tinggi daripadanya berasal dari negeri Turki di Asia Tengah.