Universiti Charles

Universiti Charles
Univerzita Karlova
Latin: Universitas Carolina
JenisAwam
Ditubuhkan pada1348
Bajet8.7 billion CZK
RektorTomáš Zima
Staf akademik
4,653
Staf pentadbiran
3,421
Pelajar51,438
Kedoktoran
7,858
Lokasi,
KampusUrban
WarnaMerah dan Putih         
PenggabunganCoimbra Group
EUA
Europaeum
Laman sesawangwww.cuni.cz/UKEN-1.html

Universiti Charles, juga dikenali sebagai Universiti Charles dalam Prague (Czech: Univerzita Karlova; Latin: Universitas Carolina; Jerman: Karls-Universität) atau secara sejarahnya dikenali sebagai Universiti Prague (Latin: Universitas Pragensis), merupakan universiti tertua dan terbesar di Republik Czech. Ditubuhkan pada tahun 1348, ia merupakan universiti pertama di Eropah Tengah. Ia juga merupakan salah satu universiti tertua di Eropah yang masih beroperasi dan menduduki tangga di atas 1.5 peratus universiti terbaik dunia.