Unity (paparan antara muka)
| Unity | |
|---|---|
Unity 4.22.0, dengan pelancar dan dash (Lihat pada dash, panel, dan pelancar yang telus apabila Dash diaktifkan), yang dijalankan pada Ubuntu 11.10 "Oneiric Ocelot". | |
| Pelancaran pertama | 9 Jun 2010 |
| Versi terkini/stabil | 4.22.0 (13 Oktober 2011) |
| Versi pratonton | 4.24.0 |
| Ditulis dalam | Vala, C++, QML |
| Sistem pengendalian | Linux |
| Pelantar | Komputer peribadi, Netbook, Tablet |
| Tersedia dalam | Pelbagai bahasa |
| Jenis | Persekitaran atas meja, Perisian bebas dan sumber terbuka, Cangkerang |
| Genre | Cangkerang |
| Lesen | Lesen Awam Am GNU (GPLv3), Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPLv3) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | unity |
| Repositori | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Unity ialah paparan antara muka cangkerang untuk persekitaran atas meja GNOME yang dibangunkan oleh Canonical Ltd untuk sistem operasinya Ubuntu. Unity pertama kali membuat kemunculan dalam Ubuntu 10.10 Edisi Netbook. Ia direka khas untuk mengomptimumkan penggunaan skrin yang terhad pada netbook, sebagai contoh, dengan menambah penukar aplikasi yang menegak pada sebelah kiri skrin yang dipanggil, Pelancar. Berbeza dengan GNOME, Kompilasi Perisian KDE, Xfce, atau LXDE, Unity bukanlah sebuah pengumpulan aplikasi tetapi direka khas untuk digunakan bersama program GTK+ yang sedia ada.
Unity adalah sebahagian dari projek Ayatana yang merupakan sebuah initiatif untuk meningkatkan pengalaman kepenggunaan dalam Ubuntu. Sebagai tambahan kepada Unity, terdapat Application Indicators dan projek-projek lain yang dikumpulkan seperti MeMenu, sistem pemberitahuan dan aplikasi NotifyOSD.