Unit serantau di Yunani
| Unit serantau Yunani Περιφερειακές ενότητες της Ελλάδας (Yunani) | |
|---|---|
| Kategori | Negara kesatuan |
| Lokasi | Republik Hellenik |
| Bilangan | 74 unit serantau |
| Keluasan | 2,307 km2 (891 bt2) (Kepulauan Ionia) – 18,810 km2 (7,260 bt2) (Makedonia Tengah) |
| Kerajaan/pemerintah |
|
| Subbahagian |
|
74 unit serantau atau unit wilayah Yunani (Yunani: περιφερειακές ενότητες, perifereiakés enótites; tunggal περιφερειακή ενότητα, perifereiakí enótita) merupakan unit pentadbiran peringkat ketiga negara ini (mengira pentadbiran terpencar sebagai peringkat pertama). Ia merupakan subbahagian bagi 13 wilayah negara, dan dibahagikan lagi kepada perbandaran.
Ia diperkenalkan sebagai sebahagian daripada reformasi pentadbiran Kallikratis pada 1 Januari 2011 dan boleh dibandingkan dari segi keluasan serta, di tanah besar, bersempadan dengan "pra-Kallikratis" prefektur Yunani.