Penghulu Naning
| Penghulu Naning | |
|---|---|
| Penjawat kini | |
| Mohd Nazrol Mahamad Sapar sejak 5 Ogos 2020 | |
| Penyandang Ke-22 | |
| Butiran | |
| Penyandang pertama | Dato' Perpatih Nan Sebatang / Sutan Balun (sebagai Penghulu) |
| Pembentukan | 1345 |
Penghulu Naning (atau Undang Naning) ialah jawatan ketua bagi wilayah adat (luak) Naning di Melaka. Sebelum era penjajahan Inggeris yang memasukkan Naning ke dalam pentadbiran Melaka, Penghulu Naning diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di Naning. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan Penghulu Naning dan Lembaga Adat Perpatih Naning Melaka sebagai badan pentadbir diiktiraf dalam Fasal 34 Perlembagaan Negeri Melaka.