Undang Luak Johol

Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Johol,
Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Y.T.M Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Laksamana Pertama (K.) Dato' Muhammad Al-Haj bin Dato’ Haji Abdullah
sejak 2016
Butiran
GelaranKe Bawah Kaus Yang Teramat Mulia
Pewaris takhtaDato' Baginda Luak Johol, Negeri Sembilan
Penyandang pertamaPuteri Sitiawan
Pembentukan1723

Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Johol, Negeri Sembilan merupakan Pemerintah atau Raja sebagaimana fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 8 Undang - Undang Tubuh Negeri Sembilan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Johol. Luak (Negeri) Johol merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. Baginda memerintah Negeri Sembilan Darul Khusus bersama Yang Dipertuan Besar ,Undang Luak Sg Ujong, Jelebu,Rembau dan Tunku Besar Tampin.

Gelaran bagi Tuanku Dato' Undang Luak Johol ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan. Gelaran itu mula digunakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dato' Undang Luak Johol yang pertama iaitu seorang wanita bergelar Puteri Kanun atau Puteri Sitiawan yang memerintah sejak 1723. Ketika itu Negeri Sembilan masih tidak dibentuk dan Johol sebuah Negeri yang berdaulat yang diperintah oleh Puteri Sitiawan, baginda ialah anak kepada Bendehara Paduka Raja Sekudai tun jenal dari Kesultanan Johor lama.