Undang Luak Jelebu

Dato' Undang Luak Jelebu,
Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman
Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad

sejak 26 Jun 2018
Butiran
GelaranKe Bawah Kaus Yang Teramat Mulia
Penyandang pertamaDato’ Moyang Salleh, Negeri Sembilan
Pembentukan1757

Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Jelebu, Negeri Sembilan adalah Pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Jelebu. Luak (Negeri) Jelebu merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. Dato' Undang Luak Jelebu bergelar Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu.

Dato' Undang Jelebu bersama Yang di-Pertuan Besar, Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Rembau dan Tunku Besar Tampin didefinisikan sebagai Raja bagi Negeri Sembilan.