Undang-undang jenayah antarabangsa
Undang-undang jenayah antarabangsa (International criminal law atau singkatan ICL) ialah satu badan undang-undang antarabangsa awam yang direka untuk melarang kategori kelakuan tertentu yang lazimnya dilihat sebagai kekejaman serius dan untuk menjadikan pelaku kelakuan tersebut bertanggungjawab secara jenayah atas perbuatan mereka. Jenayah teras dibawah undang-undang antarabangsa ialah genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan jenayah pencerobohan.
Undang-undang antarabangsa klasik mengawal hubungan, hak, dan tanggungjawab negara. Selepas Perang Dunia II, Piagam Tribunal Tentera Antarabangsa dan diikuti perbicaraan Nuremberg merevolusikan undang-undang antarabangsa dengan menggunakan larangannya secara langsung kepada individu, dalam kes ini pemimpin Jerman Nazi yang kalah, dengan itu mencipta undang-undang jenayah antarabangsa. Selepas tidak aktif selama beberapa dekad, undang-undang jenayah antarabangsa dihidupkan semula pada tahun 1990an untuk menangani jenayah perang dalam Perang Yugoslavia dan genosid Rwanda, yang membawa kepada penubuhan tetap Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada tahun 2001.