Hindun binti Abi Umaiyah
| Isteri-isteri Nabi Muhammad |
|---|
|
Hindun binti Abi Umaiyah (Arab: هند بنت أبي أمية), juga dikenali sebagai Hind al-Makhzumiyah, Hindun binti Suhail atau Ummu Salamah (Arab: أم سلمة هند بنت أبي أمية) (c. 596 AD – 64 AH) isteri Muhammad, dan dianggap oleh orang Islam sebagai Ibu Orang Beriman. Ummu Salamah ialah kunya (nama gelaran) beliau yang bermaksud "ibu Salamah". Ummu Salamah merupakan antara isteri baginda yang dikenali, terutamanya dalam penyampaian banyak Hadith Nabi ataupun kisah hidup baginda.