Ultra Fight Orb
| Ultra Fight Orb | |
|---|---|
| Genre | Tokusatsu Adiwira Kaiju Fiksyen sains Aksi/Pengembaraan |
| Pencipta | Tsuburaya Productions |
| Ditulis oleh | Junichiro Ashiki |
| Pengarah | Koichi Sakamoto |
Dibintangi oleh | Hideo Ishiguro Mamoru Miyano Kohji Moritsugu |
| Penggubah | Takao Konishi |
| Negara asal | Jepun |
| Bahasa | Bahasa Jepun |
| Bilangan episod | 8 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 3–4 minit (minisode) 30 minit (siri penuh) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV Tokyo |
| Siaran asal | 15 April 2017 – 3 Jun, 2017 |
| Status | Tamat |
| Mengikuti | Ultraman Orb The Movie: I'm Borrowing the Power of Your Bonds! |
| Diikuti oleh | Ultraman Geed |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Ultra Fight Orb: Pinjamkan Saya Kuasa Bapa dan Anak! (ウルトラファイトオーブ 親子の力、おかりします! Urutora Faito Ōbu Oyako no Chikara, Okarishimasu!) ialah sebuah siri mini televisyen Jepun yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions sebagai spin-off kedua dari siri Ultraman Orb. Siri mini ini bermula pada 15 April 2017, yang disiarkan pada bahagian akhir episod Ultraman Zero: The Chronicle di TV Tokyo. Siri ini menampilkan kemunculan sulung dua bentuk eksklusif permainan Ultraman Orb, Lightning Attacker (ライトニングアタッカー Raitoningu Atakkā) dan Emerium Slugger (エメリウムスラッガー Emeriumu Suraggā) dari Ultraman Fusion Fight!. Selain itu, di akhir siri ini juga menampilkan kemunculan sulung watak utama siri Ultraman Geed secara ringkas.