Ujian hentaman Charpy
Ujian hentaman Charpy ialah sebuah ujian yang dilaksanakan untuk menentukan jumlah tenaga yang diserap oleh suatu bahan ketika patah. Jumlah tenaga yang diserap ditentukan oleh keteguhan takuk suatu bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat peralihan mulur-rapuh yang bergantung kepada suhu.
Ujian ini dibangunkan oleh S.B. Russell dan Georges Charpy pada sekitar tahun 1900. Ujian ini banyak digunakan dalam industri seperti dalam pembinaan jambatan dan bekas tekanan.