Uji kaji pemikiran
Uji kaji pemikiran ialah keadaan hipotetikal di mana hipotesis, teori, atau prinsip dibayangkan untuk mengenalpasti natijah dan akibatnya. Konsep ini, juga dikenali sebagai Gedankenexperimente dalam karya Ernst Mach , merangkumi pemikiran berkenaan dengan apa yang mungkin berlaku jika tindakan berbeza diambil berbanding dengan apa yang sebenarnya berlaku. Uji kaji pemikiran ini penting kerana ia membolehkan kita memahami implikasi terhadap setiap tindakan yang berbeza, serta membayangkan apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan.