Uch

Uch
اوچ
Makam Bibi Jawindi
Uch
اوچ
Koordinat: 29°14′N 71°04′E / 29.233°N 71.067°E / 29.233; 71.067
Negara Pakistan
ProvincePunjab
DistrictBahawalpur District
Penduduk
 • Jumlah22,000
Zon waktuUTC+5 (PST)

Uch (Urdu: اوچ‎; "Ūch"), juga dikenali sebagai Ūch Sharīf (Urdu: اوچ شریف‎; "Noble Uch"), merupakan sebuah kota bersejarah di Punjab, bahagian selatan Pakistan. Uch mungkin telah diasaskan sebagai Iskandariah di Indus, sebuah kota yang diasas oleh Alexander Agung semasa pencerobohan Lembah Indus. Uch merupakan sebuah kubu awal Kesultanan Delhi semasa penaklukan Islam di subbenua India. Uch menjadi pusat metropolitan serantau sekitar abad ke-12 dan ke-17, dan memberi perlindungan kepada sarjana-sarjana Islam yang melarikan diri daripada penganiayaan dari kawasan lain. Walaupun kini Uch merupakan kota kecil, ia terkenal dengan sejarah fabrik urban dan koleksi tempat-tempat suci untuk para Sufi sekitar abad ke-12 dan 15 yang dihiasi dengan jubin-jubin dan dan dibina dalam gaya seni bina Punjab selatan yang tersendiri.