Ubur-ubur Irukandji

Ubur-ubur Irukandji merupakan gelaran bagi beberapa spesies ubur-ubur kotak yang amat berbisa. Dengan ukuran dewasa sekitar satu sentimeter padu (1 cm3), ia merupakan ubur-ubur terkecil dan paling berbisa di dunia. Ubur-ubur ini mendiami perairan laut utara Australia. Ia boleh melepaskan sengat ke dalam mangsa, menyebabkan serantaian gejala yang dikenali sebagai sindrom Irukandji. Terdapat kira-kira 16 spesies Irukandji yang dikenali, antaranya Carukia barnesi, Malo kingi, Malo maxima, Malo filipina dan Malo bella.

Gejala sindrom Irukandji pertama kali didokumentasikan oleh Hugo Flecker pada tahun 1952. Ia diberi nama sempena kaum Irukandji yang wilayahnya terbentang di sepanjang pinggir pantai utara Cairns, Queensland. Ubur-ubur Irukandji pertama, Carukia barnesi, dikenal pasti pada tahun 1964 oleh Jack Barnes; untuk membuktikan bahawa ia adalah penyebab sindrom Irukandji, beliau menangkap ubur-ubur kecil itu dan membiarkan ia menyengatnya, sementara anak lelakinya yang berusia 9 tahun dan seorang penyelamat memperhatikan gejala-gejalanya (lalu kemudian mengejarkan beliau ke unit rawatan rapi). Ahli toksinologi Australia Jamie Seymour membuat dokumentari mengenai ubur-ubur yang berjudul "Killer Jellyfish".

Pada tahun 2015, penyelidik Queensland Utara menemui bukti bahawa ubur-ubur Irukandji aktif memburu mangsa.