USS Harry S. Truman
USS Harry S. Truman dalam satu pelayaran pada September 2018.
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Amerika Syarikat | |
| Nama: | Harry S. Truman |
| Bersempena dengan: | Harry S. Truman |
| Dipesan: | 30 Jun 1988 |
| Pembina: | Newport News Shipbuilding |
| Kos: | $4.5 bilion |
| Dibaringkan: | 29 November 1993 |
| Dilancarkan: | 7 September 1996 |
| Ditauliah: | 25 Julai 1998 |
| Pelabuhan asal: | NS Norfolk, Virginia |
| Moto: | The Buck Stops Here |
| Nama gelaran: | HST, Lone Warrior |
| Status: | dalam perkhidmatan aktif, setakat 2025 |
| Lencana: | |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: |
|
| Sesaran: | 103,900 long ton (116,400 short ton) |
| Panjang: |
|
| Lunas: |
|
| Draft: |
|
| Jana kuasa: |
|
| Halaju: | 30+ knot (56+ km/j; 35+ bsj) |
| Jarak: | Tiada had |
| Anak kapal: |
|
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: | Dirahsiakan |
| Pesawat yang dibawa: | 90 buah pesawat kepak kaku dan helikopter |
USS Harry S. Truman (CVN-75) adalah kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz ke-8 yang beroperasi dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman. Nama panggilannya adalah Lone Warrior, dan ia kini berpangkalan di Stesen Tentera Laut Norfolk, Virginia.
Harry S. Truman telah dilancarkan pada 7 September 1996 di Newport News Shipbuilding, Newport News, Virginia, dan ditauliahkan pada 25 Julai 1998 di bawah arahan Kepten Thomas Otterbein. Presiden Bill Clinton telah memberi ucapan semasa perasmiannya. Antara para tetamu kehormat yang hadir adalah Perwakilan Missouri, Ike Skelton, Gabenor Missouri Mel Carnahan, Setiausaha Pertahanan William Cohen dan Setiausaha Tentera Laut John H. Dalton.
Harry S. Truman asalnya adalah kapal armada bagi Kumpulan Pengangkut Pesawat Dua dan bermula pada 1 Oktober 2004, bagi Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Kesepuluh.