Tupou VI

ʻAhoʻeitu Tupou VI
Raja Tonga
Pemerintahan18 Mac 2012 – sekarang
Kemahkotaan4 Julai 2015
Didahului olehGeorge Tupou V
Bakal rajaTupoutoʻa ʻUlukalala
Perdana Menteri
Lihat senarai
Perdana Menteri Tonga ke-12
Tempoh3 Januari 2000 – 11 Februari 2006
Didahului olehBaron Vaea
Diikuti olehFeleti Sevele
RajaTāufaʻāhau Tupou IV
Keputeraan (1959-07-12) 12 Julai 1959
Istana Diraja, Nukuʻalofa, Tonga
PasanganNanasipauʻu Vaea (k. 1982)
AnakandaPuteri Lātūfuipeka Tukuʻaho
Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala
Putera Ata
Nama penuh
ʻAhoʻeitu ʻUnuakiʻotonga Tukuʻaho
KerabatTupou
AyahandaTāufaʻāhau Tupou IV
BondaHalaevalu Mataʻaho ʻAhomeʻe

ʻAhoʻeitu Tupou VI (bahasa Tonga: ‘Aho‘eitu ʻUnuakiʻotonga Tukuʻaho; diputerakan 12 Julai 1959) ialah Raja Tonga. Baginda ialah paduka adinda dan pengganti kepada mendiang Raja George Tupou V. Baginda telah disahkan secara rasmi oleh paduka kakandanya pada 27 September 2006 sebagai pewaris raja Takhta Tonga, kerana paduka kakandanya bujang dan tiada anakanda yang sah. Baginda berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tonga ke Australia, dan bersemayam di Canberra sehingga kemangkatan Raja George Tupou V pada 18 Mac 2012, apabila ʻAhoʻeitu ʻUnuakiʻotonga Tukuʻaho menjadi Raja Tonga, dengan nama pemerintahan ʻAhoʻeitu Tupou VI.