Tunku Syed Idrus
| Tunku Syed Idrus | |
|---|---|
| Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin Negeri Sembilan | |
| Tunku Besar Tampin | |
| Tempoh | 1929 - 2005 |
| Kemahkotaan | 21 Disember 1945 |
| Didahului oleh | Tunku Syed Muhammad |
| Diikuti oleh | Tunku Syed Razman |
| Keputeraan | 21 Disember 1927 |
| Kemangkatan | 26 Disember 2005 (umur 78) |
| Anakanda |
|
| Kerabat | Wangsa Al-Qadri |
| Agama | Islam |
Tunku Syed Idrus bin Tunku Syed Muhammad Al-Qadri (21 Disember 1927- 26 Disember 2005) ialah seorang pemerintah tempatan di Negeri Sembilan sejak sebelum pembentukan Malaysia. Beliau ialah Tunku Besar Tampin ke-6 yang dilantik dari 1929 hingga 2005. Semasa pelantikan beliau, takhta Tunku Besar Tampin dipangku oleh Tunku Sharifah Leng binti Syed Abdul Hamid memandangkan beliau ketika itu belum dewasa. Beliau mula menaiki takhta pada 1944 dan dimahkotakan pada 21 Disember 1945. Beliau ialah salah seorang yang terlibat menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.