Tumbuhan sesawi
Tumbuhan sesawi atau pokok mustard adalah mana-mana spesies tumbuhan dalam genera Brassica dan Sinapis. Biji sesawi digunakan sebagai rempah. Mengisar dan mencampurkan biji dengan air, cuka, atau cecair lain, mewujudkan perasa kuning dikenali sebagai mustard siap. Bijinya juga boleh ditekan untuk membuat minyak mustard, dan daunnya boleh dimakan sebagai sawi.