Tuisyen

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris tuition yang bermaksud "pengajaran".

Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.

Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah,peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, di mana pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen suapaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.