Tuan Tabal

Tuan Tabal
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "wafat"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "lahir"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "zaman"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "rantau"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "gelaran"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "etnik"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "nama"

Abdul Samad bin Muhammad Saleh (1840 - 1894) atau lebih dikenali sebagai Tuan Tabal merupakan salah seorang tokoh ulama di nusantara yang terkemuka.

Abdul Samad bin Muhammad Saleh atau nama penuhnya Haji Abdul Samad bin Muhammad Saleh merupakan salah seorang daripada ulama Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Kedudukan nusantara di antara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulama biasanya pernah melanjutkan pengajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.