Tuah

Tuah merujuk kepada fenomena dan kepercayaan yang membentuk pendirian terhadap sesuatu peristiwa yang dialami sama ada ia positif, negatif, atau mustahil dijangka. Ia mempunyai tiga aspek:

  • ia bersifat membawa untung (good luck) atau malang (bad luck).
  • ia disebabkan nasib diri.
  • ia terpakai pada suatu makhluk berakal.

Kepercayaan bahawa jalan kehidupan seseorang bergantung sepenuhnya kepada nasib bertuah atau malang seseorang ditolak oleh ajaran beberapa agama termasuk Islam dan Buddha.