Tsunami Selat Sunda 2018

Tsunami Selat Sunda 2018
Pemandangan tapak sebuah konsert setelah kejadian
Tarikh22 Disember 2018
Masasekitar 21.27 WIB (14.27 UTC)
LokasiSelat Sunda, Indonesia
Koordinat6°06′10″S 105°25′22″E / 6.1026739°S 105.4227555°E / -6.1026739; 105.4227555
Kematian437
Kecederaan14,059
Hilang10
Harta benda rosak
2,752 rumah dan 510 kapal

Pada 22 Disember 2018, satu tsunami yang disebabkan oleh letusan Anak Krakatau di Selat Sunda menghentam daerah pesisir Banten dan Lampung, Indonesia. Sekurang-kurangnya 437 orang telah maut dan 14,059 cedera akibat insiden ini. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizikal Indonesia (BMKG), tsunami disebabkan oleh air pasang tinggi dan gelongsoran bawah laut kerana letusan gunung berapi tersebut.