Tropicana Field

Tropicana Field
"The Trop"
Fail:Tropicana Field.svg
Tropicana Field pada 2010
Nama silamFlorida Suncoast Dome (1990–1993)
ThunderDome (1993–1996)
AlamatOne Tropicana Drive
LokasiSt. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat
Koordinat27°46′6″N 82°39′12″W / 27.76833°N 82.65333°W / 27.76833; -82.65333
PemilikCity of St. Petersburg
PentadbirTampa Bay Rays Ltd.
Kapasiti45,369 (1998)
44,027 (1999)
44,445 (2000–2001)
43,772 (2002–2006)
38,437 (2007)
36,048 (2008)
36,973 (2009–2010)
34,078 (2011–2013)
31,042 (2014–2018)
25,000 (2019–kini)
42,735 (termasuk tempat duduk diliputi tarpaulin)
Saiz PadangKiri Padang – 315 ka (96 m)
Kiri-Pusat – 370 ka (110 m)
Pusat Padang – 404 ka (123 m)
Kanan-Pusat – 370 ka (110 m)
Kanan Pusat – 322 ka (98 m)
Backstop – 50 ka (15 m)
PermukaanAstroTurf (1998–1999)
FieldTurf (2000–2010)
AstroTurf GameDay Grass (2011–2017)
Shaw Sports Turf (2017–kini)
Pembinaan
Pecah tanah22 November 1986 (22 November 1986)
Dibuka3 Mac 1990 (3 Mac 1990)
Pengubahsuaian2014
Kos pembinaanAS$130 juta
($303 juta dalam 2023 dolar)
ArkitekHOK Sport (Kansas City)
Lescher & Mahoney Sports (Tampa)
Criswell, Blizzard & Blouin Architects (St. Petersburg)
Jurutera strukturMartin/Martin Consulting Engineers, Inc. (bowl)
Geiger Engineers P.C. (bumbung)
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers, Inc.
Kontraktor amHuber, Hunt & Nichols
Tuan rumah
Tampa Bay Storm (AFL) (1991–1996)
Tampa Bay Lightning (NHL) (1993–1996)
Tampa Bay Rays (MLB) (1998–kini)
St. Petersburg Bowl (NCAA) (2008–2017)
WWE ThunderDome (pro-wrestling) (2020–2021)

Tropicana Field (biasanya dikenali sebagai the Trop) merupakan stadium berkubah pelbagai guna yang terletak di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Tampa Bay Rays yang beraksi di Major League Baseball (MLB) sejak musim sulung pasukan itu pada tahun 1998. Stadium ini juga digunakan untuk bola sepak Amerika di peringkat kolej. Dari Disember 2008 sehingga Disember 2017, stadium ini melangsungkan perlawanan pasukan St. Petersburg Bowl. Venue ini merupakan satu-satunya stadium berkubah tidak laras di MLB dan menjadikannya venue indoor tunggal di MLB. Tropicana Field juga menadi stadium MLB terkecil dari segi kapasiti tempat duduk apabila tempat duduk bahagian atas sering diliputi oleh tarpaulin untuk kebanyakan aksi Rays.

Tropicana Field telah dibuka pada tahun 1990 dan pada asalnya dikenali sebagai Florida Suncoast Dome. Pada tahun 1993, Tampa Bay Lightning berpindah ke fasiliti ini dan nama mula berubah kepada ThunderDome sehingga pasukan ini berpindah ke gelanggang baru mereka di pusat bandar Tampa pada tahun 1996. Pada Oktober 1996, Tropicana Products, sebuah syarikat jus buah yang berpusat di Bradenton telah menandatangani perjanjian hak nama selama 30 tahun ke atas stadium ini.

Lokasi dan reka bentuk Tropicana Field (terutamanya siling) telah dikritik meluas. Stadium ini bersama Oakland Coliseum sering dianggap sebagai stadium paling teruk di MLB dan biasanya terletak di kedudukan terakhir atau kedua terakhir dalam ranking stadium. Major League Baseball telah mengeluarkan kenyataan bahawa keperluan untuk menggantikan Oakland Coliseum dan Tropicana Field sebagai antara halangan utama untuk kemasukan pasukan baru di MLB pada masa akan datang.