Trogonoptera brookiana
| Sayap burung Rajah Brooke | |
|---|---|
| Trogonoptera brookiana albescens | |
| Si jantan (atas) dan betina dewasa, permukaan dorsal | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Arthropoda |
| Kelas: | Insecta |
| Order: | Lepidoptera |
| Keluarga: | Papilionidae |
| Genus: | Trogonoptera |
| Spesies: | T. brookiana
|
| Nama binomial | |
| Trogonoptera brookiana Wallace, 1855
| |
| Sinonim | |
| |
Trogonoptera brookiana, iaitu sayap burung Rajah Brooke, ialah kupu-kupu sayap burung dari hutan hujan di Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau kecil di barat Sumatera (Banyak, Simeulue, Batu dan Mentawai). Kekupu ini dinamakan oleh seorang ahli alamiah, Alfred Russel Wallace pada 1855 sempena James Brooke, Rajah Sarawak. Pokok perumah larvanya ialah Aristolochia acuminata dan A. foveolata.
Yang dewasa menghirup nektar pokok seperti Bauhinia. Sayap burung Rajah Brooke ialah spesies terlindung yang tersenarai dalam Apendiks II CITES, yang bermaksud eksport antarabangsanya terhad kepada mereka yang telah diberikan kebenaran. Ia kupu-kupu kebangsaan Malaysia dan dikenali umum sebagai kupu-kupu Rajah Brooke.