Trofi Juara-Juara ICC 2025
Trofi Juara-Juara ICC 2025 ialah edisi kesembilan bagi kejohanan kriket Trofi Juara-Juara ICC yang berlangsung pada Februari hingga Mac 2025 di Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu . Ini merupakan kejohanan Trofi Juara-Juara pertama sejak 2017 dan juga kali pertama Pakistan menjadi tuan rumah selepas lebih dua dekad.Tuan rumah bersama, Pakistan merupakan juara bertahan tetapi telah tersingkir di peringkat kumpulan. India muncul sebagai juara selepas menewaskan New Zealand dalam perlawanan akhir dan turut menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga gelaran Trofi Juara-Juara.