Trichopodus

Trichopodus
Sepat padi (T. trichopterus) jenis biru
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Osphronemidae
Subkeluarga: Luciocephalinae
Genus: Trichopodus
Lacépède, 1801
Spesies jenis
Labrus trichopterus
Pallas, 1770
Sinonim
  • Colisa Cuvier, 1831
  • Deschauenseeia Fowler, 1934
  • Lithulcus Gistel, 1848
  • Polyacanthus Cuvier, 1829
  • Stethochaetus Gronow, 1854
  • Trichopus Shaw, 1803

Trichopodus (sebelumnya dimasukkan dalam Trichogaster), dikenali umum sebagai sepat, ialah sebuah genus ikan labirin perairan tawar tropika daripada keluarga gurami, yang terdapat di Asia Tenggara. Ikan dalam genus Trichopodus berkait rapat dengan genus Trichogaster (sebelumnya Colisa); spesies daripada kededua genus mempunyai sirip pelvik panjang bak benang (dikenali sebagai "sesungut" dalam dagangan akuarium) yang digunakan untuk mengesan persekitaran. Namun, spesies Trichopodus mempunyai pangkal sirip dorsal yang lebih pendek dan lebih besar ketika sudah matang secara seksual, dengan yang paling besarnya iaitu sepat Siam (T. pectoralis), mampu mencapai panjang lebih 8 in (20 cm).

Bersama-sama dengan spesies Trichogaster, ikan Trichopodus terkenal dalam dagangan akuarium. Sepat padi (T. trichopterus), dengan aneka varian di akuarium, yang setiapnya dikenali dengan nama dagang berbeza, barangkali jenis gurami yang paling biasa. Spesies Trichopodus turut dijadikan sebagai ikan makan di kawasan setempat. Sepat siam pula menjadi satu daripada lima ikan air tawar teratas yang diternak di Thailand.