Treasure Island

Treasure Island
Ilustrasi kulit buku oleh Frank Godwin (1925).
Umum
PengarangRobert Louis Stevenson
NegaraScotland
BahasaBahasa Inggeris
GenrePengembaraan,
Kesusasteraan Dewasa Muda
Penerbitan
PenerbitCassell & Company Ltd
Tarikh penerbitan
1883
Jenis media
Bercetak (kulit tebal & kulit lembut)
Halaman292 m.s.
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN Tidak berkenaan Invalid ISBN

Treasure Island (Pulau Harta Karun) ialah novel pengembaraan tentang "lanun dan emas tertanam" yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson. Diterbitkan dalam bentuk buku buat pertama kali pada tahun 1883, Treasure Island pada asalnya diterbitkan sebagai cerita bersiri dalam majalah kanak-kanak, Young Folks, antara tahun 1881-82 atas judul The Sea Cook, or Treasure Island.

Dari segi tradisi, Treasure Island tergolong dalam jenis cerita tentang seorang remaja yang akhirnya menerima pengajaran yang berguna. Buku itu merupakan salah satu novel yang paling kerap didramakan. Pengaruhnya terhadap lanun pada tanggapan popular sangat meluas, dan merangkumi peta harta karun yang ditandai dengan huruf 'X', serta juga skuner, Bintik Hitam, pulau tropika, dan pelaut satu kaki dengan burung kakak tua di atas bahu.