Tragedi Bhopal 1984

Tragedi Bhopal
Tarikh02 Disember 1984 (1984-12-02) – 3 Disember 1984 (1984-12-03)
LokasiBhopal, Madhya Pradesh, India
PenyebabKebocoran metil isosianat di kilang Union Carbide
KematianSekurang-kurangnya 3,787

Tragedi Bhopal 1984 ialah sebuah bencana yang berlaku pada 2-3 Disember 1984 akibat kebocoran 42 tan metrik gas metil isosianat (MIC) dari kilang racun serangga Union Carbide di bandar Bhopal, Madhya Pradesh, India. Akibatnya sekitar 500,000 orang terdedah kepada pencemaran udara. 2,259 terbunuh serta-merta dan binatang bergelimpangan. Kerajaan Madhya Pradesh mengesahkan sejumlah 3,787 mati berhubungan kebocoran gas itu. Insiden ini dikatakan sebagai bencana industri terburuk dalam sejarah.