Toyota Carina

Toyota Carina
Maklumat
PengilangToyota
Pengeluaran1970-2000
PenggantiToyota Allion
KelasKompak
BerkaitToyota Corona

Toyota Carina adalah kereta kompak yang dibuat oleh Toyota Motor Corporation, Jepun dari tahun 1970 hingga 2001. Carina yang berkongsi platform dengan Celica diletakkan di atas Corolla dan dibawah Corona. Mulai pertengahan tahun 1980-an, Carina hanya dijual di Jepun, tetapi nama Carina juga digunakan di Eropah sebagai Carina II dan Carina E yang sebenarnya adalah Corona. Carina terakhir dihasilkan pada tahun 2001, dan digantikan oleh Allion.