Toni Braxton

Toni Braxton
Braxton pada 2015
Kelahiran
Toni Michelle Braxton

(1967-10-07) 7 Oktober 1967
Severn, Maryland, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • personaliti televisyen
Tahun aktif1989–kini
PasanganKeri Lewis (k. 2001; c. 2013)
Rakan kongsi domestikBirdman (tunang)
Anak-anak2
Saudara
  • Traci Braxton (adik perempuan)
  • Trina Braxton (adik perempuan)
  • Towanda Braxton (adik perempuan)
  • Tamar Braxton (adik perempuan)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal, piano
DiskografiLihat: Toni Braxton discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Toni Michelle Braxton (lahir 7 Oktober 1967) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pianis, penerbit rakaman, pelakon, perosnaliti televisyen, dan dermawan Amerika Syarikat. Braxton telah menjual lebih dari 67 juta rakaman di seluruh dunia, termasuk 41 juta album. Beliau ialah salah seorang artis R&B wanita terlaris dalam sejarah. Braxton telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, sembilan Anugerah Muzik Billboard, tujuh Anugerah Muzik Amerika, dan banyak anugerah lain. Pada tahun 2011, Braxton dinobatkan masuk dalam Georgia Music Hall of Fame.

Pada akhir 1980-an, Braxton tampil bersama adik-beradiknya dalam kumpulan muzik yang dikenali sebagai The Braxtons; kumpulan ini menyertai Arista Records. Setelah menarik perhatian penerbit Antonio "L.A." Reid dan Kenneth "Babyface" Edmonds dan ditawarkan kontrak oleh LaFace Records, Braxton melancarkan album studio bertajuk sama pada tahun 1993. Album ini mencapai nombor satu di carta lagu Billboard 200 dan terjual 10 juta salinan di seluruh dunia. Selain itu, single "Another Sad Love Song" serta "Breathe Again" meraih kejayaan antarabangsa. Album ini membawa Braxton mendapat tiga Anugerah Grammy, termasuk Artis Baru Terbaik.