Tongkat kayu anggur

Tongkat kayu anggur, tongkat anggur, atau tongkat centurion (Latin: vitis) adalah sebatang kayu pokok anggur kira-kira 3 kaki (1 m) panjang yang digunakan dalam Tentera Darat dan Tentera Laut Rom purba. Ia adalah tanda dan alat centurio: sebagai satu perkakas arahan kawad dan manuver; dan untuk memukul askar dan kelasi yang degil dan pemalas dibawah pemerintahannya. Ia juga dibawa oleh evocati yang memegang pangkat yang setaraf.