Tongkat ali

Tongkat ali
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Simaroubaceae
Genus:
Eurycoma
Spesies:
E. longifolia
Nama binomial
Eurycoma longifolia

Tongkat ali atau akar ali, juga dikenali sebagai pasak bumi, adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Pokok Tongkat Ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.