Tonggak pedaka (seni bina)

Tonggak pedaka (Inggeris: pylon) ialah pintu gerbang berbentuk monumen di sebuah kuil Mesir (Mesir: bxn.t dalam transliterasi Manuel de Codage). Perkataan pylon berasal daripada istilah Yunani πυλών yang bermaksud ‘pintu gerbang’. Ia terdiri daripada dua menara berbentuk piramid yang meruncing ke atas dan mempunyai kornis di bahagian atasnya, disambungkan oleh satu bahagian yang lebih rendah yang mengandungi pintu masuk di antara kedua-duanya. Pintu gerbang ini biasanya kira-kira separuh ketinggian menara tersebut. Lukisan-lukisan zaman itu yang menggambarkan tonggak pedaka menunjukkan ia dihiasi dengan tiang-tiang tinggi yang mengibarkan panji-panji.