Tom Cruise

Tom Cruise
Cruise di San Diego Comic-Con 2019
Kelahiran
Thomas Cruise Mapother IV

(1962-07-03) 3 Julai 1962
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1981–kini
PasanganMimi Rogers (k. 1987; c. 1990)
Nicole Kidman (k. 1990; c. 2001)
Katie Holmes (k. 2006; c. 2012)
Anak-anak3
SaudaraWilliam Mapother (sepupu)

Tom Cruise (lahir Thomas Cruise Mapother IV; 3 Julai 1962) merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan filem-filem aksi terutamanya siri filem Mission: Impossible dan juga ialah penyokong kuat fahaman Gereja Scientology. Popularitinya cukup terserlah dan enam dari filem lakonannya telah mengutip lebih ASD 100 juta bagi setiap filem. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan 3 anak.