Tokyo Disneyland

Taman tema Disney
Fail:Tokyo Disneyland logo.png

Cinderella Castle is the icon of Tokyo Disneyland
Tokyo Disneyland
Lokasi Urayasu, Chiba, Jepun
Dibuka 15 April 1983
Taman peranginan Tokyo Disney Resort
Tema Magic Kingdom
Laman web Tokyo Disney Resort Homepage
Pengendali The Oriental Land Company

Templat:TDR

Tokyo Disneyland (東京ディズニーランド, Tōkyō Dizunīrando) ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar (465,000 m²) di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu, Wilayah Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo. Pintu utamanya bersebelahan sekali dengan Stesen Maihama dan Stesen Tokyo Disneyland. Inilah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka pada 15 April 1983. Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Tokyo Disneyland dan temannya Tokyo DisneySea, merupakan dua-duanya taman Disney yang bukan milik The Walt Disney Company.

Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema yang saling melengkapi tetapi setiap satunya bergaya unik, iaitu: World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey's Toontown. Taman ini dikenali kerana ruang terbuka yang amat luas untuk menampung keramaian pengunjung walaupun pada hari-hari kedatangan sederhana. Pada tahun 2007, Tokyo Disneyland dikunjungi kira-kira 13.9 juta pelawat, menjadikannya taman tema ketiga teramai pelawat di dunia, hanya mengekori taman-taman kembarnya di AS, iaitu Magic Kingdom dan Disneyland..