Tokopedia

PT Tokopedia
Maklumat umum
URLxx Stokopedia.com
Jenis perniagaanAnak syarikat
JenisE-dagang
Tersedia dalambaku Indonesia
Ditubuhkan6 Februari 2009 (2009-02-06)
Pengurusan dan pentadbiran
Pengasasxx SWilliam Tanuwijaya
Leontinus Alpha Edison
Orang pentingWilliam Tanuwijaya
(Pengasas bersama, CEO)
Leontinus Alpha Edison
(Pengasas bersama, COO)
Syarikat indukGoTo (2021–sekarang)
Kandungan dan sokongan
IndustriInternet
KeluaranPerdagangan elektronik
PerkhidmatanMembeli-belah dalam talian
PendaftaranPendaftaran diperlukan untuk menjual
Perangkaan
Bil. kakitangan4,700 (2019)
Kedudukan Alexaxx S191 (30 November 2017)
Lokasi
Ibu pejabatJakarta, Indonesia
Kawasan diberi khidmatIndonesia
Pautan luar berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

PT Tokopedia ialah syarikat teknologi Indonesia yang mengkhusus dalam perdagangan elektronik. Ia diasaskan pada 2009 oleh William Tanuwijaya dan Leontinus Alpha Edison. Tokopedia memberi sokongan sarana kepada usahaawan syarikat kecil dan sederhana negara tersebut (istilah khas Indonesia: Usaha Mikro Kecil dan Menengah, UMKM) dan perseorangan untuk mengembangkan usaha mereka dengan memasarkan produk secara dalam talian dengan badan-badan Pemerintah dan pihak-pihak lain berkenaan. Salah satu program kerjasama yang dilancarkan Tokopedia adalah acara tahunan MAKERFEST yang diadakan sejak bulan Mac 2018.

Tokopedia telah berubah kembang menjadi sebuah syarikat agam berharga yang berpengaruh tidak hanya di Indonesia tetapi juga serantau Asia Tenggara. Hingga saat ini, Tokopedia termasuk niagaloka yang paling banyak dikunjungi oleh masyarakat Indonesia. Pada tahun 2019, menurut laporan oleh Kumpulan iPrice, Tokopedia ialah laman web e-dagang tempatan yang paling banyak dikunjungi pada desktop di Indonesia antara Julai dan September dengan jumlah purata 65,953,400 lawatan bulanan, memperoleh 25% daripada jumlah bahagian pasaran.

Pada 17 Mei 2021, Tokopedia dan Gojek mengumumkan penggabungan syarikat-syarikat induk mereka kepada entiti baharu bernama GoTo.